Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

469 Kg Ganja Dirampas Dalang Sindiket Tumpas

Published: 05 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga lelaki warga tempatan dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja berjaya ditahan dalam dua serbuan yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Kuala Selangor, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/469-kg-ganja-dirampas-dalang-sindiket-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:48 MYT

Kuala Lumpur, 5 Okt – Tiga lelaki warga tempatan dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja berjaya ditahan dalam dua serbuan yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Kuala Selangor, semalam.

Hasil daripada tangkapan ini turut membawa kepada rampasan 479 ketulan ganja mampat seberat 469 kilogram (kg) yang bernilai RM2 juta.

Menurut Pengarah JSJN PDRM, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, pihak polis juga turut membuat rampasan wang tunai berjumlah RM1,300 dipercayai milik anggota-anggota sindiket terbabit.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 30 sehingga 31 tahun itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
469 Kg Ganja Dirampas Dalang Sindiket Tumpas

ArticlePublished 05 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM