Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Gro Thailand Dan Vietnam Ditahan Di George Town

Diterbitkan: 05 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Lima wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Krian, di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-gro-thailand-dan-vietnam-ditahan-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:57 MYT

George Town, 5 Okt - Lima wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Krian, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang ditahan dalam operasi pukul 11.30 malam itu ialah tiga wanita Thailand dan dua Vietnam berusia antara 23 dan 40 tahun.

"Semasa serbuan ada GRO yang cuba melarikan diri melalui laluan khas di pusat hiburan itu. Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang bekerja sebagai penjaga di pusat hiburan itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua mereka bekerja tanpa permit yang sah, melanggar syarat pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan diri yang sah.

Polis turut merekod keterangan empat lelaki tempatan berumur 30-an yang merupakan pelanggan di pusat hiburan itu bagi membantu siasatan, katanya.

Terdahulu, Mior Faridalatarsh mengedarkan topeng muka kepada anggota polis daerah Timur Laut yang bertugas di beberapa lokasi malam tadi berikutan bacaan indeks pencemaran udara yang tidak sihat. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM