Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

43 Warga China Ditahan Dipercayai Terlibat Macau Scam

Published: 09 Nov 2016 5.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 43 warga China ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan 'Macau Scam' dalam dua serbuan berasingan di Mont Kiara dan Taman OUG di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/43-warga-china-ditahan-dipercayai-terlibat-macau-scam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:10 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2016 - Seramai 43 warga China ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan 'Macau Scam' dalam dua serbuan berasingan di Mont Kiara dan Taman OUG di sini, hari ini.

Dalam operasi bermula 1 tengah hari itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 37 lelaki dan enam wanita China serta seorang lelaki tempatan yang kesemuanya berusia antara 20 dan 50 tahun. 

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan 'Macau Scam' itu daripada polis China. 
"Mangsa kumpulan ini adalah rakyat China dan setakat ini tiada rakyat tempatan dikesan menjadi mangsa kumpulan ini," katanya.

Beliau berkata suspek akan membuat panggilan telefon mengatakan tiada bayaran dibuat terhadap barangan atau perkhidmatan yang telah mangsa gunakan. 

"Suspek akan menuduh mangsa mengguna sumber identiti palsu atau wang daripada sumber kad palsu.

"Kemudiannya mereka (suspek) akan mengugut untuk merujuk perkara itu kepada pihak polis, bank persekutuan atau mahkamah jika mangsa tidak membuat bayaran,"
katanya, sambil menjelaskan urusan dokumentasi kesemua suspek sedang dijalankan
dengan polis China. - BERNAMA
ArticlePublished 09 Nov 2016 5.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM