Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tujuh Lelaki Disyaki Terlibat Kegiatan Mencuri Motosikal

Diterbitkan: 10 Nov 2016 9.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki aktif mencuri motosikal untuk menjual komponennya dalam serbuan berasingan di dua lokasi berbeza sekitar sini petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tujuh-lelaki-disyaki-terlibat-kegiatan-mencuri-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT
Kuantan, 10 November 2016 - Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki aktif mencuri motosikal untuk menjual komponennya dalam serbuan berasingan di dua lokasi berbeza sekitar sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata lelaki yang berumur antara 21 hingga 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Gambang dan Taman Tas dekat sini pada pukul 7 dan 8 malam hasil daripada maklumat awam.

"Hasil pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Tas ini, polis menemui sebuah rangka motosikal dan salah seorang daripada suspek mengakui mencuri motosikal tersebut sebelum meleraikan kompenannya untuk dijual dengan harga antara RM50 hingga RM100," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua suspek itu turut positif dadah hasil pemeriksaan ujian air kencing terhadap mereka dan ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2016 9.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM