Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

41 Pati Berjaya Ditahan

Published: 13 Jun 2014 2.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
semua 28 lelaki dan 13 wanita serta seorang tekong dan dua pembantu bot yang juga warga negara tersebut tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/41-pati-berjaya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:27 MYT

Johor Bahru - Pasukan Gerakan Marin (PGM) berjaya menahan seramai 41 orang pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam sebuah bot pancung , kira-kira 1.3 batu nautika dari Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi pada 28 Ogos 2009 yang lalu.

Bot tersebut dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh empat anggota PGM yang sedang membuat rondaan Ops Octupus dengan sebuah bot laju di perairan tersebut.

Komander PGM Wilayah Dua, ACP Mohd. Khamsani Abd Rahman dalam kenyataannya berkata, bot pancung tersebut cuba melarikan diri sehingga memaksa anggota PGM mengejar sebelum berjaya di pintas 20 minit kemudian. Pemeriksaan mendapati semua 28 lelaki dan 13 wanita serta seorang tekong dan dua pembantu bot yang juga warga negara tersebut tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM