Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

41 Lelaki Dan Seorang Wanita Ditahan Terlibat Judi Haram

Published: 13 Jun 2014 9.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Polis menahan 41 orang lelaki dan seorang wanita yang sedang asyik bermain judi 'bola golek', dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan setinggan Pantai Dalam ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/41-lelaki-dan-seorang-wanita-ditahan-terlibat-judi-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:09 MYT
KUALA LUMPUR, 25 Julai 2010-- Polis menahan 41 orang lelaki dan seorang wanita yang sedang asyik bermain judi "bola golek", dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan setinggan Pantai Dalam di sini, pada Sabtu.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah berkata yang ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.15 malam itu terdiri daripada empat lelaki warga tempatan, 37 warga Indonesia dan seorang perempuan warga Indonesia.

Beliau berkata semua mereka yang berumur antara 19 dan 65 tahun itu ditahan di sebuah bilik belakang sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan ketika sedang asyik berjudi.

"Hasil pemeriksaan kami dapati tiga daripada mereka memiliki pasport, manakala sembilan pemegang kad pengenalan merah dan 26 tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM7,723, beberapa peralatan permainan judi termasuk satu papan pertaruhan, 12 biji bola getah, satu tikar getah lukisan corak pertaruhan judi bola, 112 batu jimrami dan 12 keping kertas judi chee fah.

"Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut," katanya.
ArticlePublished 13 Jun 2014 9.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM