Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Upp Rampas 550 Pil Methaphetamine Bernilai Rm13 750 Di Tumpa

Diterbitkan: 13 Jun 2014 9.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
TUMPAT, 26 Julai 2010-- Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menahan seorang lelaki dan merampas 550 biji pil dipercayai Methaphetamine bernilai RM13,750 di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Baharu ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-rampas-550-pil-methaphetamine-bernilai-rm13-750-di-tumpa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:49 MYT
TUMPAT, 26 Julai 2010-- Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menahan seorang lelaki dan merampas 550 biji pil dipercayai Methaphetamine bernilai RM13,750 di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Baharu di sini Ahad.

Komander UPP Kelantan Mazlan Che Hamid berkata lelaki berusia 27 tahun dan penduduk tempatan itu ditahan kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan anggota diketuai Sarjan Wan Yahya Wan Mahmud yang menerima maklumat orang ramai berhubung kegiatan pengedaran pil berkenaan kepada golongan belia tempatan.

"Ketika pemeriksaan dibuat ke atas lelaki itu, anggota pasukan menemui satu bungkusan dalam poket seluar yang dipakainya dan pemeriksaan lanjut menemui sebungkus lagi pada motosikal yang ditungganginya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Isnin.

Beliau berkata lelaki itu bersama motosikal jenis Honda EX-5 dan pil rampasan dibawa ke pejabat UPP Kawasan Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Polis Tumpat untuk tindakan lanjut.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 9.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM