4 Warga Asing Ditahan Polis Marin 20150907
Nibong Tebal, 6 Sept - Empat warga asing berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam satu operasi yang dijalankan di perairan Sungai Udang, dekat sini, petang semalam.
Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, pasukannya menahan empat lelaki warga Myanmar semasa menjalankan operasi di perairan Sungai Udang.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati keempat-empat mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.
"Kesemua mereka yang berumur antara 23 hingga 33 tahun itu ditahan untuk tindakan lanjut," tambah beliau lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.