Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sita 11 Buah Motosikal Mat Rempit Di George Town

Diterbitkan: 06 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menyita 11 buah motosikal milik mat rempit dalam pemeriksaan Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar daerah Timur Laut awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata cukai jalan kesemua motosikal itu didapati tamat tempoh dan penunggangnya tidak mempunyai lesen memandu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sita-11-buah-motosikal-mat-rempit-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:21 MYT

George Town, 6 Sept- Polis menyita 11 buah motosikal milik mat rempit dalam pemeriksaan Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar daerah Timur Laut awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata cukai jalan kesemua motosikal itu didapati tamat tempoh dan penunggangnya tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya polis menjalankan operasi selepas pihaknya membuat pemantauan dua minggu bagi mengenal pasti laluan dan gerak geri kumpulan mat rempit yang aktif di sekitar daerah ini.

"Selepas menyedari anggota penguat kuasa berada di kawasan Padang Kota Lama itu, ada antara mereka bertindak melarikan diri dengan menunggang motosikal melawan arus dan ada yang cuba melanggar anggota yang bertugas.

"Bagaimanapun, menerusi operasi yang bermula pukul 1 pagi tadi, polis berjaya membuat kepungan dan menahan 45 penunggang serta pembonceng serta 31 buah motosikal milik mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mior Faridalatrash berkata hasil pemeriksaan juga mendapati mat rempit berkenaan turut melakukan pelbagai kesalahan antaranya lesen memandu tamat tempoh, nombor pendaftaran motosikal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, mengubah suai motosikal dan beberapa kesalahan lain.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menjalankan operasi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Bukit Gambir, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Sungai Dua, Jalan Masjid Negeri, bulatan Gelugor dan sekitar pusat bandar George Town.

Katanya dalam operasi yang tamat pukul 5 pagi itu, polis menjalankan pemeriksaan ke atas 88 buah kenderaan dan memeriksa 114 individu.

"Sebanyak 79 keping saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM