Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

4 Perompak Ditembak Mati

Published: 13 Jun 2014 8.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUANTAN 5 Julai - Bapa mertua kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat tidak menyangka bunyi tembakan yang disangkanya dari televisyen adalah tindakan polis mene..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/4-perompak-ditembak-mati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:47 MYT

KUANTAN 5 Julai - Bapa mertua kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat tidak menyangka bunyi tembakan yang disangkanya dari televisyen adalah tindakan polis menembak empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya awal pagi ini.

Datuk Ahmad Baharuddin Mohd. Akil, 81, berkata, dia menyangka begitu kerana ketika kejadian, dia baru sahaja memasang televisyen selepas terjaga dari tidur dan secara kebetulan, televisyen itu sedang menayangkan adegan tembak-menembak.

"Isteri saya yang tidak sihat mengejutkan saya meminta saya mengambil ubat dan air minuman di dapur.

"Selepas mengambil air dan ubat, saya tidak boleh tidur dan memasang televisyen. Saya tidak sangka bunyi tembakan itu berlaku ketika adegan tembak-menembak dalam televisyen," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Exco berkenaan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, empat daripada lima penjenayah yang dikenali sebagai 'Geng Tong Gas' mati ditembak polis selepas memecah masuk rumah Wan Adnan di Taman Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek di sini.

Menurut Ahmad Baharuddin, selepas bunyi tembakan itu, isterinya yang terjaga menyuruh dia menjenguk di luar tingkap.

"Saya terkejut apabila melihat dari tingkap, polis sedang mengepung rumah saya dan rumah anak saya yang dimasuki penjenayah," jelasnya.

Ketika kejadian, Ahmad Baharuddin berada di bilik bawah bersama isteri, manakala anak dan menantunya bersama tiga cucunya yang berusia antara 14 hingga 17 tahun tidur di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ahli keluarganya terselamat apatah lagi sebelum kejadian itu penjenayah terbabit dipercayai cuba memecahkan pintu biliknya dengan menggunakan tong gas.

ArticlePublished 13 Jun 2014 8.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM