Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Patah Cubaan Seludup Keluar 21 Rakyat Asing

Diterbitkan: 13 Jun 2014 8.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KLANG, 10 Julai (Bernama) - Pasukan Gerakan Marin mematahkan cubaan menyeludup keluar 21 rakyat asing selepas menahan sebuah bot di perairan Laut Selat Rawa, Pulau Ketam di sini, awal Sabtu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-patah-cubaan-seludup-keluar-21-rakyat-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:44 MYT
KLANG, 10 Julai (Bernama) - Pasukan Gerakan Marin mematahkan cubaan menyeludup keluar 21 rakyat asing selepas menahan sebuah bot di perairan Laut Selat Rawa, Pulau Ketam di sini, awal Sabtu.

Kesemua rakyat asing yang terdiri daripada 19 rakyat Indonesia termasuk empat wanita, dan dua Bangladesh berusia di antara 23 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi ketika dalam perjalanan ke Bagan Asahan, Indonesia.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Pelabuhan Klang DSP Norzaid Muhammad Said berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang tekong dan tiga awak-awak rakyat Indonesia.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada pemberita di Pangkalan Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang.

Norzaid berkata siasatan awal mendapati rakyat asing itu membayar wang tunai antara RM800 hingga RM1,500 setiap orang kepada sindiket terbabit untuk ke Indonesia.

"Siasatan awal juga mendapati warga asing ini telah ditinggalkan beberapa hari di Pulau Ketam sementara menunggu beberapa rakan senegara mereka yang akan dihantar ke situ oleh satu sindiket.

"Setelah semua rakyat asing terbabit berada di situ, barulah bot akan membawa mereka keluar dari negara ini," katanya.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 8.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM