38 Warga Myanmar Bangladesh Terselamat
Polis
berjaya menyelamatkan sebanyak 38 lelaki warga Myanmar dan Bangladesh
yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh satu sindiket
pemerdagangan manusia.
Kesemua mangsa yang berusia sekitar 20-an hingga 40-an itu dikurung di sebuah rumah teres setingkat di Jalan Raja Uda.
Lima
lelaki warga Myanmar dan Bangladesh berusia sekitar 20-an dan 40-an
ditahan bagi membantu siasatan berhubung tersebut. Kes itu kini disiasat
di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, manakala kesemua mangsa
yang diselamatkan ditempatkan di balai polis buat sementara waktu untuk
membantu siasatan polis.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo