Sibu, 18 Ogos – Sebanyak 350 batang kayu balak bernilai RM270 ribu dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dalam Op Pensura di sekitar Sungai Pasai Siong, di sini, petang tadi.
Komander PPM Wilayah Lima, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, kayu balak itu ditemui selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas sebuah kem pembalakan tepi sungai berkenaan.
“Semasa pemeriksaan, pihaknya menjumpai satu longgokan kayu balak pelbagai saiz yang dipercayai diperolehi secara haram dari hutan berhampiran,”katanya lagi.
Menurutnya semua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Bahagian Sibu untuk tindakan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
350 Batang Kayu Balak Haram Dirampas
Sebanyak 350 batang kayu balak bernilai RM270 ribu dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dalam Op Pensura di sekitar Sungai Pasai Siong, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/350-batang-kayu-balak-haram-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.