Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

346 Lokasi Dipantau Polis

Published: 09 Jun 2014 9.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sungai Buloh - 19 Januari 2009 - Ops Sikap ke 19 bertemakan 'Ubah Sikap Perjalanan Selamat' yang dilancarkan hari ini dijadualkan berakhir pada 2 Februari 2009, membabitkan seramai 4,865 pegawai dan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/346-lokasi-dipantau-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:52 MYT

Sungai Buloh -  19 Januari 2009 - Ops Sikap ke 19 bertemakan 'Ubah Sikap Perjalanan Selamat' yang dilancarkan hari ini dijadualkan berakhir pada 2 Februari 2009, membabitkan seramai 4,865 pegawai dan anggota polis dengan bantuan anggota tugas am dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah. Selain itu, PDRM juga akan menggunakan sebanyak 19 menara pemerhati untuk membuat pemantauan di jalan-jalan persekutuan dan juga lebuhraya.

Majlis Pelancaran Ops Sikap XIX (19) 2009 telah disempurnakan YDH CP Dato' Hussin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara).

Hadir sama YDH SAC II Dato' Abd. Aziz Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Pengarah Urusan Plus Expressways Berhad Norizah Abd. Hamid dan YDH DCP Dato’ Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor.

YDH CP Dato' Hussin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA berkata, sebanyak 346 lokasi nahas termasuk kemalangan maut yang dikenalpasti di seluruh negara, khususnya dalam Ops Sikap ke 19 mulai dipantau polis sempena Tahun Baru Cina bermula 19 Januari 2009.Pasukan itu ditugaskan untuk menganalisa secara menyeluruh keadaan di semua lokasi 'panas' terbabit termasuk mengenalpasti punca dan waktu kerap berlakunya kemalangan.

Tambah beliau lagi "PDRM akan menumpukan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi berkenaan yang dikesan menjadi penyumbang tertinggi kemalangan maut terutama menjelang musim perayaan. Kawasan yang dipanggil sektor dikenalpasti melalui statistik tahun lalu dan turut dipengaruhi faktor penambahan jumlah kemalangan di sesuatu lokasi baru".

PDRM juga mendapat kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan untuk operasi bersepadu serta Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam , Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St. John Ambulance untuk Emergency Respond Team (ERT).

346 Lokasi Dipantau Polis
YDH CP Dato' Hussin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA dan Norizah Abd. Hamid, Pengarah Urusan Plus Expressways Berhad bersama penerima Poster Kempen Ops Sikap XIX 2009.

346 Lokasi Dipantau Polis
"Flag Off" Pasukan Pemantau Ops Sikap XIX 2009 dilepaskan oleh YDH CP Dato' Hussin Ismail bersama Norizah Abd. Hamid.

346 Lokasi Dipantau Polis
YDH CP Dato' Hussin Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama Norizah Abd. Hamid, Pengarah Urusan Plus Expressways Berhad serta tetamu-tetamu lain mengunjungi Gerai Pameran di Majlis Pelancaran Ops Sikap XIX 2009.

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM