Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

34 Bas Dan Lori Disaman Dalam Op Selamat

Published: 13 Jul 2016 3.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Bukit Gantang, 13 Julai - Sebanyak 35 saman dikeluarkan kepada pemandu lori dan bas atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat 9/2016 di Kilometer 225.2, dekat hentian sebelah Bukit Gantang arah selatan malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/34-bas-dan-lori-disaman-dalam-op-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:12 MYT


Bukit Gantang, 13 Julai - Sebanyak 35 saman dikeluarkan kepada pemandu lori dan bas atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat 9/2016 di Kilometer 225.2, dekat hentian sebelah Bukit Gantang arah selatan malam tadi.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata antara kesalahan dikesan ialah memandu melebihi had laju, muatan tidak kemas bagi lori selain lesen memandu tamat tempoh.

Katanya, dalam operasi yang bermula dari 9.30 malam hingga 12 tengah malam dan disertai 35 anggota polis trafik selain kakitangan Plus Bhd itu, sebanyak 35 bas serta 70 lori diperiksa.

"Hasil pemeriksaan dua pemandu lori ditahan kerana positif ujian air kencing yang menunjukkan mereka menagih ganja," katanya kepada pemberita pada akhir operasi itu di sini lewat malam tadi.

Hazil Reza berkata, pihaknya mengadakan operasi terhadap bas dan lori kerana kenderaan perdagangan itu kerap terbabit dalam kemalangan jalan raya.

"Kita juga bertanya kepada penumpang bas sama ada pemandu bas memandu secara berbahaya atau secara berhemah ketika berada di atas jalan raya," katanya.

Mengenai muatan lori yang tidak kemas, Hazil Reza berkata ia sangat berbahaya kerana berisiko untuk jatuh dan seterusnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan operasi dari semasa ke semasa terhadap kenderaan perdagangan bagi memastikan kecuaian mereka dapat dielakkan bagi mengurangkan kemalangan.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 Jul 2016 3.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM