Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

32 Tahun Bahagia Melayari Bahtera Berumahtangga

Published: 12 Jun 2014 1.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sikap saling mencintai dan menyayangi antara teras utama dalam melayari kehidupan berumah tangga. Hari ini 24 Mei 2012 merupakan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-32 Tahun, bagi YDH Inspektor Jeneral Ta..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/32-tahun-bahagia-melayari-bahtera-berumahtangga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:44 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mei 2012 – Sikap saling mencintai dan menyayangi antara teras utama dalam melayari kehidupan berumah tangga. Hari ini 24 Mei 2012 merupakan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-32 Tahun, bagi YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara dengan Y.Bhg Puan Sri Hjh. Suriati Hj. Md. Sobri.

YDH Tan Sri Hj. Ismail, 59, mendirikan rumah tangga dengan Y.Bhg Puan Sri Hj. Suriati, 53, pada 24 Mei 1980. Pasangan ideal itu dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang perempuan serta memiliki tiga orang cucu.

"Sepanjang perkahwinan kami mengamalkan sikap saling percaya antara satu sama lain dan bersikap jujur. Walau apa pun terjadi kami sudah berjanji setia mengharungi susah senang bersama".

"Kami juga terapkan unsur kasih sayang ini kepada anak dan menantu dengan doa agar mereka juga mengikut jejak kami yang masih berkasih sayang sehingga ke hari ini", ujar YDH Tan Sri Hj. Ismail ketika ditemui di majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Kesyukuran yang diadakan di Masjid Bukit Aman sempena meraikan hari yang bersejarah itu.

Turut hadir YDH DCP Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), bersama isteri Y.Bhg Datin Hjh. Norsiah Hj. Jalaluddin, YDH ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam) dan Supt.Hj. Ghazali Hj. Daud, Supt. Urus Setia Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia.

32 Tahun Bahagia Melayari Bahtera Berumahtangga
Gambar semasa majlis.

32 Tahun Bahagia Melayari Bahtera Berumahtangga





Jurufoto & wartawan   : SI Megat Nizar.

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM