Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Di sebalik pengorbanan anggota dan ahli keluarga Balai Polis Bukit Kepong, memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis dalam mempertahankan maruah institusi keramat polis'..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-veteran-pdrm-dan-soft-launch-galeri-darurat-bukit-kepong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:05 MYT

Bukit Kepong - 31 May 2012

Menyingkap Kembali Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950


Tanggal 23 Februari 1950, tercatat satu titik hitam dalam sejarah PDRM apabila Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh sekumpulan 180 orang pengganas Komunis.

Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Sarjan Jamil bin Mohd Shah dengan kekuatan 15 anggota Polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin. Pasukan ini turut diperkukuhkan oleh 3 Konstabel Polis Khas dan 4 Polis Tambahan.

Serangan pada waktu malam itu hingga keesokan paginya telah mengorbankan 14 anggota polis, 5 anggota polis tambahan, 5 orang keluarga anggota polis dan 2 orang penduduk kampung.

Walaupun hampir kehabisan peluru, mereka tetap berlawan bermati-matian dan enggan menyerah apabila pihak komunis mengarahkan mereka berbuat demikian.

Demi mempertahankan Balai Polis Kepong daripada jatuh ke tangan Komunis, mereka sanggup bergadai nyawa berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Mereka akhirnya gugur dalam pertempuran tersebut, demi mempertahankan tanah air, hak-hak dan warisan generasi mereka.

Tiada apa yang dapat digantikan dengan pengorbanan mereka yang amat mulia demi masa depan negara dan pasukan PDRM.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dengan kemuliaan dan kesejahteraan serta ditempatkan di kalangan orang mukmin yang soleh dan solehah.


Bagi mengembalikan nostalgia sejarah lampau Balai Polis Bukit Kepong sekaligus mengabadikan sejarah mereka untuk dihayati oleh generasi baru, satu Perhimpunan Veteran PDRM Dan Soft-Launch Galeri Darurat Bukit Kepong telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di perkarangan Balai Polis Bukit Kepong, Pagoh, pagi ini.

"Di sebalik pengorbanan anggota dan ahli keluarga Balai Polis Bukit Kepong, peristiwa ini memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis dalam mempertahankan maruah institusi keramat polis. Mereka tidak mengaku kalah. Mereka berpegang kental kepada semangat "biar putih tulang, jangan putih mata". Begitu keadaannya, mereka berjuang hampir empat jam mempertahankan Balai Bukit Kepong ini sebelum dibakar oleh pengganas komunis", tegas YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau.

Turut hadir dalam perhimpunan pagi ini adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, Datin Sri Imran binti Ibrahim, Timbalan Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Mantan-mantan Ketua Polis Negara bersama isteri, Y.Bhg Dato' Sri J J Raj, Mantan Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abddullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Haji Shariff, Ketua Polis Johor bersama isteri Y.Bhg Datin Bibi Zakiah binti Meraslam, Y.Bhg Mantan-mantan Timbalan Ketua Polis Negara bersama Isteri, Y.Bhg Mantan-mantan Pengarah PDRM bersama Isteri, YDH Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, YDH Komander-komander serta Komandan-komandan Pusat Latihan Polis, Y.Bhg Pengerusi Yayasan Pengaman, Y.Bhg Presiden Bekas Polis Malaysia, Y.Bhg Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara, Yang diPertua Persatuan Veteran VAT 69, Pengerusi Persatuan Kebajikan Skuad 69, Pesara-pesara polis Balai Polis Bukit Kepong, Dif-dif Jemputan, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

"Saya berharap peristiwa Bukit Kepong ini akan tetap menjadi kenangan dan sejarah yang tidak akan dilupakan oleh generasi muda masa kini. Perjuangan untuk mengukuhkan semangat patriotik ini tidak boleh terhenti di sini. Ia perlu sentiasa dihidupkan kerana kita perlu mengambil iktibar dari setiap detik sejarah. Galeri ini kelak akan berfungsi sebagai manifestasi semangat juang yang perlu ada dalam setiap kita walau dari generasi mana sekalipun. Semangat patriotisme dan nasionalisme untuk mempertahankan tanah watan mesti diutamakan. Justeru, marilah kita sama-sama menginsafi pengorbanan para anggota polis dan "fallen heroes" yang tidak ternilai", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan.

Majlis turut menyediakan persembahan pentomin bertajuk Tragedi Balai Polis Kuala Krau kepada yang hadir. Disamping itu turut diadakan adalah Tahlil ringkas, Lawatan ke pameran dan meninjau gambar plan perancangan tapak galeri.

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Y.Bhg Mantan Pengarah Pengurusan PDRM dan Y.Bhg Mantan Timbalan Ketua Polis Negara

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan bersalaman dengan veteran-veteran polis

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
YDH Dato' Zubaidah binti Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik I 

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Y.Bhg Dato Robiah Abd Ghani, Mantan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Antara veteran-veteran polis wanita, anggota keluarga dan anggota polis yang hadir

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Bergambar sementara menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) sempat bermesra dengan Kawalan Kehormatan

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu Kebangsaan Negaraku

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Bacaan doa Inspektor Syed Bukhari bin Syed Jaafar, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Ucapan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Sri JJ Raj, Mantan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Antara kumpulan Pancaragam PDRM PULAPOL Kuala Lumpur

Persembahan Pentomen "Tragedi Serangan Balai Polis Kuala Krau" tanggal 27 Jun 1948
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong


Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Sajak "Pahlawan Negara" yang dideklamasikan oleh Sarjan Yusuf bin Ramji

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Kumpulan Pancaragam PULAPOL Kuala Lumpur mengiringi deklamasi sajak

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Penyampaian cenderamata kepada Y.Bhg Dato' Sri JJ Raj

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Penyampaian cenderamata kepada Encik Othman bin Mohd Yusoff, anak kepada Allayarham mata-mata 2648 Yusof bin Mohamad

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Bacaan tahlil disempurnakan oleh Ustaz Zulkifli bin Tukiman, Ketua Cawangan Agama, Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Johor

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Upacara Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Upacara Penyerahan cek Tabung Amanah Warisan Polis oleh YDH Ketua Polis Negara

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Meninjau gambar plan perancangan tapak galeri

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Menandatangani Buku Pelawat ruangan pameran

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Antara artifak yang dipamerkan

Perhimpunan Veteran Pdrm Dan Soft Launch Galeri Darurat Bukit Kepong
Sidang Media


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo






ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM