Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

30 Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Ops Noda Di Seremban

Published: 05 Jan 2015 4.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SEREMBAN, 3 Jan - Polis menahan 30 wanita warga asing dalam 'Ops Noda' di sebuah pusat hiburan di sini, pada pukul 11.30 malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-wanita-warga-asing-ditahan-dalam-ops-noda-di-seremban
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:54 MYT
30 WANITA WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS NODA DI SEREMBAN

SEREMBAN, 3 Jan - Polis menahan 30 wanita warga asing dalam 'Ops Noda' di sebuah pusat hiburan di sini, pada pukul 11.30 malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 47 tahun itu terdiri daripada 17 warga Vietnam, 11 warga China serta masing-masing seorang warga Indonesia dan Thailand.

Beliau berkata polis turut mengambil keterangan daripada seorang lelaki penjaga premis itu dan dua pekerja serta 14 pelanggan lelaki untuk membantu siasatan.

Dua pekerja dan 14 pelanggan itu kemudian dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

"Penjaga premis itu pula ditahan kerana dipercayai melindungi warga asing mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen manakala wanita warga asing itu ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas dan pasport menurut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen," katanya di sini, hari ini.

Katanya siasatan sedang dijalankan sama ada wanita warga asing terbabit menjalankan aktiviti pelacuran.

Beliau berkata Ops Noda dibuat secara berterusan bagi membanteras kegiatan tidak bermoral. - BERNAMA
ArticlePublished 05 Jan 2015 4.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM