30 Wanita Tempatan Dan Asing Ditahan Dalam Ops Noda
IPOH,
17 Ogos 2010 -- Polis menahan 30 wanita tempatan dan asing kerana
disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan menyalahguna pas lawatan
dalam Ops Noda di Teluk Intan dan Kerian.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata
dalam serbuan Jumaat lepas, polis menahan 15 wanita tempatan di sebuah
hotel di Teluk Intan, yang menjalankan kegiatan pelacuran.
Polis turut menahan tiga pelanggan lelaki berusia 30-an untuk siasatan, katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Dzuraidi
berkata dalam serbuan kedua di pusat hiburan karaoke di Kerian Ahad
lepas, polis menahan 15 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan
perhubungan pelanggan (GRO) kerana menyalahguna pas lawatan sosial.
Turut
ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an kerana membenarkan rakyat
asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah, katanya.