Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

30 Wanita Tempatan Dan Asing Ditahan Dalam Ops Noda

Published: 16 Jun 2014 12.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 30 wanita tempatan dan asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan menyalahguna pas lawatan dalam Ops Noda di Teluk Intan dan Kerian..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-wanita-tempatan-dan-asing-ditahan-dalam-ops-noda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:02 MYT

IPOH, 17 Ogos 2010 -- Polis menahan 30 wanita tempatan dan asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan menyalahguna pas lawatan dalam Ops Noda di Teluk Intan dan Kerian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata dalam serbuan Jumaat lepas, polis menahan 15 wanita tempatan di sebuah hotel di Teluk Intan, yang menjalankan kegiatan pelacuran.

Polis turut menahan tiga pelanggan lelaki berusia 30-an untuk siasatan, katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Dzuraidi berkata dalam serbuan kedua di pusat hiburan karaoke di Kerian Ahad lepas, polis menahan 15 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan perhubungan pelanggan (GRO) kerana menyalahguna pas lawatan sosial.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an kerana membenarkan rakyat asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah, katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM