Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine

Published: 10 Sep 2014 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kesinambungan penugasan ini adalah berikutan pada 12 Ogos lalu di mana Malaysia dan Ukraine telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Malaysia menghantar “anggota bukan tentera” untuk kembali meyambung tugas di sana dan persetujuan dua hala tersebut membenarkan sehingga 90 ‘anggota bukan tentera’ Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat itu terhempas untuk menyiasat nahas itu sejajar Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-pegawai-dan-anggota-teruskan-misi-di-ukraine
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:24 MYT

Sepang, 8 Sept – Seramai 30 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah berlepas ke Ukraine pada malam semalam bagi meneruskan misi penugasan tragedi MH17 yang bermula Julai lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun dalam ucapannya berkata, kesinambungan penugasan ini adalah berikutan pada 12 Ogos lalu di mana Malaysia dan Ukraine telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Malaysia menghantar “anggota bukan tentera” untuk kembali meyambung tugas di sana dan persetujuan dua hala tersebut membenarkan sehingga 90 ‘anggota bukan tentera’ Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat itu terhempas untuk menyiasat nahas itu sejajar Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Berucap sempena Majlis Penghantaran Pasukan Petugas Ke Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam semalam, beliau mewakili PDRM turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap PDRM di dalam melaksanakan penugasan MH17 di Ukraine.

“Sebagaimana yang kita ketahui, sebelum ini PDRM telah menghantar Pasukan Penyiasat (DVI) serta juga ‘Search And Recovery’ dan kesemuanya telah pulang ke tanah air pada 12 Ogos lalu disebabkan berlakunya pergolakan peperangan di sana,” katanya.

Misi kali ini terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari cawangan Komando VAT 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, FRU serta Perhubungan Awam yang diketuai oleh DCP Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim dan selepas ini, beberapa lagi pasukan akan menyusul bagi menjalankan tugas di sana.

Pemergian misi ini adalah bagi menyahut komitmen kerajaan yang tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu.

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Sekitar majlis..

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
sekitar majlis...

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
ucapan daripada Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara...

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Antara pegawai dan anggota yang akan berlepas ke Ukraine..

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Antara pegawai dan anggota yang akan berlepas ke Ukraine..

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Bacaan doa keberangkatan misi...

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Bacaan doa keberangkatan misi...

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Bacaan doa keberangkatan misi...

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Sekitar majlis..

30 Pegawai Dan Anggota Teruskan Misi Di Ukraine
Sidang media Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara...

ArticlePublished 10 Sep 2014 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM