Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

30 Pasukan Sertai Tenpin Boling Kelab Jabatan Pengurusan

Published: 16 Dec 2016 2.08 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Subang Jaya, 16 Disember 2016 – 30 pasukan dari Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berentap dalam Pertandingan Tenpin Boling anjuran Kelab Jabatan Pengurusan bagi tahun 2016 bertempat di The Summit USJ, Subang Jaya, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-pasukan-sertai-tenpin-boling-kelab-jabatan-pengurusan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:38 MYT

30 PASUKAN SERTAI TENPIN BOLING KELAB JABATAN PENGURUSAN

Subang Jaya, 16 Disember 2016 – 30 pasukan dari Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berentap dalam Pertandingan Tenpin Boling  anjuran Kelab Jabatan Pengurusan bagi tahun 2016 bertempat di The Summit USJ, Subang Jaya, petang tadi.

Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah mendapat tempat keempat bagi kategori Jatuhan Pin Keseluruhan VIP Lelaki dengan jatuhan pin sebanyak 348 pin, manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Azisman Alias muncul selaku juara dengan jatuhan pin sebanyak 579 pin dalam kategori yang sama.

Manakala bagi kategori terbuka pula dimenangi oleh Cawangan Perkhidmatan / Perjawatan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan dari Cawangan Pentadbiran dan Cawangan Bahagian Dasar sumber Manusia.

Memetik ucapan Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah berkata, aktiviti sebegini dapat mengembalikan semula ikatan kemesraan dan melentur semangat ‘kekitaan’ di samping turut mengalakkan budaya bersukan di kalangan warga PDRM.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Dato’ Zamri Yahya, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Pengerusi kelab Jabatan Pengurusan, Dato’ Zaini Jass dan para peserta.

 1
Banner Pertandingan Tenpin Boling Kelab Jabatan Pengurusan tahun 2016

2.5
Bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah

10
Aksi balingan oleh Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah...

30 Pasukan Sertai Tenpin Boling Kelab Jabatan Pengurusan
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Tenpin Boling Kelab Jabatan Pengurusan tahun 2016




 

 

 


ArticlePublished 16 Dec 2016 2.08 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM