Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Pengedar Dadah Dan Geng Curi Kenderaan

Diterbitkan: 17 Dec 2016 8.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dan geng curi kenderaan ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kulim, di sini tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-pengedar-dadah-dan-geng-curi-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:47 MYT
Bukit Mertajam, 17 Disember 2016 - Tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dan geng curi kenderaan ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kulim, di sini tengah malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang menjalankan sekatan jalan raya telah
menahan sebuah kereta jenis Honda Civic dinaiki tiga lelaki berusia 30-an itu pada pukul 12.15 malam.
 
"Pemeriksaan polis menemui kad pengenalan milik seorang wanita yang kehilangan kenderaannya di Simpang Ampat, dekat sini baru-baru ini dan kami juga menemui dadah jenis eramin 5 serta syabu seberat 26.2 gram yang disembunyikan di bawah karpet kereta tersebut," katanya di sini hari ini.
   
Beliau berkata polis percaya mereka yang merupakan pengedar dadah terlibat dalam aktiviti berkenaan sejak beberapa bulan lepas serta menjadikan pusat hiburan sebagai tempat pengedaran bahan terlarang.
 
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan tiga lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah kini direman bagi membantu siasatan.
 
Nik Ros Azhan berkata polis juga sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai anggota geng itu bagi membantu siasatan.
   
Sementara itu, seorang lelaki berusia 30 tahun dipercayai geng curi motosikal turut ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Tambang, di sini kira-kira pukul 11 malam tadi.
 
Katanya pemeriksaan polis di rumah lelaki itu menjumpai sebuah motosikal jenis Honda Ex5 menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan hilang di Nibong Tebal, baru-baru ini. 
 
"Dipercayai lelaki itu bersama beberapa rakannya terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar daerah ini dan Seberang Perai Selatan, mereka mencuri sebelum meleraikan komponennya serta menjual kepada pembeli," katanya.
   
Beliau berkata polis turut menemui dadah jenis heroin, ketika serbuan lelaki berkenaan positif dadah dan kini direman bagi membantu siasatan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2016 8.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM