Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

30 Motosikal Disita Seorang Penagih Dikesan Dalam Ops Khas Langkawi

Published: 16 Oct 2015 6.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Langkawi, 16 Okt- Tiga puluh buah motosikal disita manakala seorang penunggangnya diberkas setelah didapati positif dadah dalam operasi bersepadu khas di sini awal hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/30-motosikal-disita-seorang-penagih-dikesan-dalam-ops-khas-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT

Langkawi, 16 Okt- Tiga puluh buah motosikal disita manakala seorang penunggangnya diberkas setelah didapati positif dadah dalam operasi bersepadu khas di sini awal hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Daerah Pulau Langkawi, ASP Mahadhir Mohamad Salleh berkata operasi tiga jam yang bermula pukul 12 tengah malam itu melibatkan 24 petugas polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Sebanyak 25 saman dikeluarkan polis manakala JPJ pula mengeluarkan 20 saman bagi pelbagai kesalahan trafik yang dikesan dalam operasi berkenaan," katanya.

Menurutnya sepanjang operasi itu, pemeriksaan dibuat ke atas 120 individu dan 95 buah kenderaan.- BERNAMA

ArticlePublished 16 Oct 2015 6.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM