Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 Lelaki Ditahan Curi Kereta Mewah

Published: 13 Jun 2014 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, tiga suspek bersama dua lagi rakannya dipercayai memecah masuk sebuah rumah dan melarikan dua kereta mewah jenis Nissan Fair Lady dan Mercedes Benz...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-lelaki-ditahan-curi-kereta-mewah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:14 MYT

Kota Kinabalu - 16 Februari 2010. Polis menahan tiga lelaki, dipercayai terlibat dalam kes curi kereta mewah di Taman Perumahan Khidmat, Jalan Kolombang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, tiga suspek bersama dua lagi rakannya dipercayai memecah masuk sebuah rumah dan melarikan dua kereta mewah jenis Nissan Fair Lady dan Mercedes Benz.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Rowell Marung berkata, polis menerima panggilan daripada jiran mangsa kira-kira pukul 6 pagi yang memaklumkan kereta jirannya hilang.

Pihak Polis yang bertindak di atas maklumat tersebut kemudian membuat siasatan dan berjaya menangkap tiga suspek di sekitar pekan Luyang.

Hasil soal siasat ketiga-tiga suspek tersebut, pihak polis berjaya menemui dua kereta mewah itu di Plaza Tanjung Aru. Kesemua suspek yang berusia 19 hingga 26 tahun turut mengambil beberapa rantai emas serta beberapa barangan berharga lain.

Pihak Polis masih menjalankan siasatan dan memburu dua lagi rakan suspek yang terlibat. Kesemua suspek ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM