3 Lelaki Ditahan Curi Kereta Mewah
Kota
Kinabalu - 16 Februari 2010. Polis menahan tiga lelaki, dipercayai
terlibat dalam kes curi kereta mewah di Taman Perumahan Khidmat, Jalan
Kolombang di sini semalam.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, tiga suspek bersama dua lagi
rakannya dipercayai memecah masuk sebuah rumah dan melarikan dua kereta
mewah jenis Nissan Fair Lady dan Mercedes Benz.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Rowell Marung berkata,
polis menerima panggilan daripada jiran mangsa kira-kira pukul 6 pagi
yang memaklumkan kereta jirannya hilang.
Pihak
Polis yang bertindak di atas maklumat tersebut kemudian membuat
siasatan dan berjaya menangkap tiga suspek di sekitar pekan Luyang.
Hasil
soal siasat ketiga-tiga suspek tersebut, pihak polis berjaya menemui
dua kereta mewah itu di Plaza Tanjung Aru. Kesemua suspek yang berusia
19 hingga 26 tahun turut mengambil beberapa rantai emas serta beberapa
barangan berharga lain.
Pihak
Polis masih menjalankan siasatan dan memburu dua lagi rakan suspek yang
terlibat. Kesemua suspek ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 457
Kanun Keseksaan.