3 Cubaan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas 20140618
Bukit
Aman, 26 Sept – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman
telah berjaya mematahkan tiga cubaan sindiket pengedaran dadah yang
menggunakan pintu masuk negara ini dengan tertangkapnya 4 orang ahli
sindiket yang terdiri daripada seorang lelaki warga Nigeria, seorang
wanita warga Thailand serta pasangan lelaki dan wanita tempatan.
Ketiga-tiga
tangkapan telah dilakukan di mana dua tangkapan dijalankan di Lapangan
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah
(LCCT) Sepang dan satu tangkapan di sebuah bilik hotel di Sepang.
Sejumlah 9.16 kg syabu dan 495 gram kokain telah berjaya dirampas dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 1.5 juta.
Kesemua
suspek berusia lingkungan 20 sehingga 31 tahun telah direman dan
disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa
hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.




Sumber : Unit Portal Dan Media Sosial Bukit Aman