3 Ahli Geng Botak Ditangkap
Kuala
Lumpur - 15 Mac 2010. Kumpulan pecah rumah, Geng Botak yang bergerak
aktif sejak setahun lalu akhirnya tumpas satelah pihak Polis menyerbu
pangsapuri mereka di Pasar Baru, Pudu.
Ketua
Polis Ampang, ACP Abdul Jalil bin Hassan berkata, bertindak di atas
maklumat awam, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9)
telah mengesan suspek di pangsapuri tersebut. Serbuan pada jam 6.15
petang itu, 3 daripada mereka termasuk ketua geng yang berusia antara 38
hingga 55 tahun itu sedang menyusun barangan dipercayai hasil kegiatan
pecah rumah pada hari itu.
Siasatan
mendapati mereka memiliki pelbagai rekod jenayah lampau antaranya kes
senjata api, samun dan dadah serta dua daripada mereka termasuk dalam
senarai individu dikehendaki polis.
Kumpulan yang dikenali sebagai Geng Botak ini bijak mengatur waktu rompakan dari jam 9 hingga 4 petang bagi mengelak dicekup.
Ketika
serbuan, pihak polis menemui sejumlah barangan dan dokumen berharga
bernilai hampir RM200,000 antaranya telefon bimbit, kamera, jam tangan,
pemain DVD, alat permainan elektronik, hamper, pasport antarabangsa,
buku bank, kad kredit, kat ATM dan kad Touch 'N Go.
Turut
dirampas dua kereta Toyota Vios dan Proton Waja yang dilaporkan hilang
di Pandan Indah dan Kajang serta beberapa keping nombor pendaftaran
palsu dan dua set walkie talkie di dalam kenderaan itu.
Ketiga-tiga suspek direman mengikut SEksyen 457 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan denda.