Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Rm3 5 Juta Dirampas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam serbuan pertama pukul 4.40 petang, seorang lelaki warga Iran berusia 57 tahun ditahan bersama sebuah beg pakaian di tepi jalan di kawasan Pantai Hill Park, Brickfields hasil maklumat risikan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-rm3-5-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:57 MYT

Kuala Lumpur - 13 Mac 2010.  Seorang warga Iran dan seorang wanita warga China ditahan kerana memiliki kira-kira 12 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM3.5 juta dalam serbuan berasingan di ibu kota, pada Selasa dan Rabu lalu.

Dalam serbuan pertama pukul 4.40 petang, seorang lelaki warga Iran berusia 57 tahun ditahan bersama sebuah beg pakaian di tepi jalan di kawasan Pantai Hill Park, Brickfields hasil maklumat risikan. Hasil pemeriksaan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Kuala Lumpur itu menemui lima plastik lutsinar serbuk dan ketulan syabu seberat 10 kilogram.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman berkata, susulan penahan itu, pihak polis berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 27 tahun di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya.

Suspek mendakwa mereka merupakan peniaga barangan elektrik. namun siasatan mendapati mereka adalah 'kurier' pembawa dadah. Pihak Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,300 dan 378,000 Riyal Iran (RM126).

Siasatan juga mendapati kesemua dadah tersebut dibawa masuk dari Dubai dan kedua-dua mereka telah datang ke negara ini sebanyak enam hingga sembilan kali sejak tahun 2007.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan pada pukul 10.30 malam, Polis berjaya menahan pasangan kekasih, dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah. Kedua-dua suspek yang merupakan warga China dan Iran, berusia 34 dan 42 tahun itu ditahan Polis di rumah mereka di Villa Condo, Cheras.

Hasil pemeriksaan , Polis menemui dua bungkus dan lima peket kecil plastik lutsinar berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 1.9 kilogram. Siasatan awal mendapati lelaki Iran itu tidak mempunyai pekerjaan dan wanita China itu merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta.

Pihak Polis turut merampas wang tunai, alat penimbang, kereta, du telefon bimbit dan beberapa barang kemas.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM