Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

3 Ahli Geng Botak Ditangkap

Published: 13 Jun 2014 3.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
pihak polis menemui sejumlah barangan dan dokumen berharga bernilai hampir RM200,000 antaranya telefon bimbit, kamera, jam tangan, pemain DVD, alat permainan elektronik..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/3-ahli-geng-botak-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:31 MYT

Kuala Lumpur - 15 Mac 2010. Kumpulan pecah rumah, Geng Botak yang bergerak aktif sejak setahun lalu akhirnya tumpas satelah pihak Polis menyerbu pangsapuri mereka di Pasar Baru, Pudu.

Ketua Polis Ampang, ACP Abdul Jalil bin Hassan berkata, bertindak di atas maklumat awam, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9)  telah mengesan suspek di pangsapuri tersebut. Serbuan pada jam 6.15 petang itu, 3 daripada mereka termasuk ketua geng yang berusia antara 38 hingga 55 tahun itu sedang menyusun barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah pada hari itu.

Siasatan mendapati mereka memiliki pelbagai rekod jenayah lampau antaranya kes senjata api, samun dan dadah serta dua daripada mereka termasuk dalam senarai individu dikehendaki polis.

Kumpulan yang dikenali sebagai Geng Botak ini bijak mengatur waktu rompakan dari jam 9 hingga 4 petang bagi mengelak dicekup.

Ketika serbuan, pihak polis menemui sejumlah barangan dan dokumen berharga bernilai hampir RM200,000 antaranya telefon bimbit, kamera, jam tangan, pemain DVD, alat permainan elektronik, hamper, pasport antarabangsa, buku bank, kad kredit, kat ATM dan kad Touch 'N Go.

Turut dirampas  dua kereta Toyota Vios dan Proton Waja yang dilaporkan hilang di Pandan Indah dan Kajang serta beberapa keping nombor pendaftaran palsu dan dua set walkie talkie  di dalam kenderaan itu.

Ketiga-tiga suspek direman mengikut SEksyen 457 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan denda.

ArticlePublished 13 Jun 2014 3.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM