3 864 Bungkusan Kuih Raya Buat Petugas Pdrm Di Hari Lebaran
Kuala Lumpur, 8 Jun 2017- Sebanyak 3,864 bungkusan kuih raya kelolaan Persatuan Keluarga Polis Polis Diraja Malaysia (PERKEP) akan diagihkan kepada pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa perayaan aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Hadir menyempurnakan majlis penyerahan tersebut adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim bertempat di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi bersamaan dengan 13 Ramadhan 1438H.
Dalam ucapannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar menzahirkan penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan warga PDRM yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tanpa mengenal masa lebih-lebih lagi menuntut pengorbanan mereka bertugas di hari lebaran kelak.
Dalam pada itu juga, beliau dan kepimpinan PDRM berharap agar bungkusan kuih raya ini sedikit sebanyak dapat menyemarakkan lagi semangat juang bagi mereka yang bertugas di lapangan, kontinjen mahupun di mana-mana formasi yang terpaksa mengenepikan kepentingan peribadi dan sekaligus membuktikan mereka tidak pernah dilupakan.
Hadir sama dalam majlis tersebut, barisan pengarah PDRM, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2017 yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman, Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali, pegawai kanan, anggota, ahli PERKEP PDRM dan rakan media.
Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Komander Unit Tindakhas (UTK), Dato' Hazani Ghazali
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK), Dato' Fisol Salleh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Amar Singh Ishar Singh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Dato' Abdul Rahim Abdullah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada ACP Sulaiman Hussin yang hadir mewakili Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyerahkan bungkusan kuih raya kepada Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Zanuddian Hj. Samsu Hadi