Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Koperasi Pdrm Ke 7 Terbaik Di Malaysia

Diterbitkan: 08 Jun 2017 6.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) telah menduduki tangga ketujuh antara 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2016 dengan peningkatan tiga anak tangga daripada tahun 2015.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/koperasi-pdrm-ke-7-terbaik-di-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:52 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) telah menduduki tangga ketujuh antara 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2016 dengan peningkatan tiga anak tangga daripada tahun 2015. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapan hari ini berkata, kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa sokongan padu daripada pelbagai pihak yang telah banyak membantu terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam memberi bimbingan dan pemantauan yang berterusan untuk memastikan KPDRM terus kukuh dan berada di landasan yang betul.

Berucap sempena merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Kali Ke-82 di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), ibu negara sebentar tadi, beliau turut menambah, sejak 89 tahun penubuhannya, KPDRM kini semakin matang dan berada di tahap yang terbaik bagi memacu ekonomi ahli-ahlinya. 

Sehingga April 2017, keanggotaan KPDRM telah mencecah seramai 88,813 orang dan mensasarkan 100,000 keanggotaan menjelang penghujung tahun 2017.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid yang juga merupakan Yang Dipertua KPDRM turut mengingatkan kepada warga PDRM agar setiap pegawai kanan, anggota dan pegawai awam untuk menyertai KPDRM bagi menikmati pelbagai manfaat yang disediakan antaranya skim insurans keselamatan KPDRM yang merupakan skim insurans berkelompok terbaik dan disediakan bagi mendepani sebarang risiko di dalam penugasan harian seorang pegawai polis.

Agenda utama Mesyuarat Agung KPDRM kali ini adalah pemilihan Anggota Lembaga KPDRM baharu yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka dan pengumuman pengekalan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha KPDRM serta perlantikan SAC Nerita Yaacob sebagai Bendahari baharu KPDRM dan SAC Dato’ Khalil Azlan Chik selaku Ketua Jawatan Kuasa Audit Dalaman.

Turut hadir pada hari ini, Pengerusi KPDRM, Tan Sri Hussin Haji Ismail, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dr. Noor Zari Hamat, Pengarah Pengurusan PDRM, merangkap Timbalan Pengerusi KPDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Setiausaha KPDRM, Dato’ Zulkapli Ahmad, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota PDRM.

_MG_7216
Bacaan doa

_MG_7243
Pengerusi KPDRM, Tan Sri Hussin Haji Ismail ketika berucap.

_MG_7283
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika berucap.

_MG_7309
Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam diberi Anugerah Daerah Terbaik.

_MG_7315
Sesi Penyampaian Cek Pampasan Insurans.

_MG_7313
Sesi Penyampaian Cek Pampasan Insurans.
ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2017 6.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM