Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

295 Anggota Polis Dikerah Jamin Kelancaran Prk Rompin

Published: 14 Apr 2015 7.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN, 14 April - Polis Pahang akan mengerahkan 295 anggotanya bertugas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin untuk memastikan segala urusan berjalan lancar, kata ketuanya Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/295-anggota-polis-dikerah-jamin-kelancaran-prk-rompin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:21 MYT

KUANTAN, 14 April - Polis Pahang akan mengerahkan 295 anggotanya bertugas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin untuk memastikan segala urusan berjalan lancar, kata ketuanya Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau berkata semua persiapan selesai dibuat dan anggota terbabit akan ditempatkan di tiga zon iaitu Rompin, Muadzam Shah dan Pulau Tioman.

"Kami juga akan meminta bantuan tambahan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA), polis marin dan unit antirusuhan untuk ditempatkan di tiga zon ini," katanya.

Sharifuddin memberitahu demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini bersempena sambutan Hari Polis ke-208.

Sementara itu, Sharifuddin mengingatkan parti politik, termasuk pemimpin dan penyokong mereka supaya mematuhi arahan polis dan tidak mencetuskan kekacauan, terutama dalam tempoh berkempen.

"Semua pihak yang ingin mengadakan ceramah dinasihati memohon permit daripada polis.

"Kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang cuba menimbulkan kekacauan atau melakukan sabotaj ketika berkempen," kata Sharifuddin dan menyuarakan harapan agar PRK itu berjalan lancar seperti pilihan raya sebelum ini.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Jamaluddin menjadi Anggota Parlimen Rompin selama enam penggal iaitu sejak 1990. Pada pilihan raya umum 2013, beliau mengalahkan ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Mei sebagai hari mengundi dan 22 April sebagai hari penamaan calon.- BERNAMA

ArticlePublished 14 Apr 2015 7.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM