Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

27 Pencuri Ditahan Di Johor Tahun Lepas

Published: 18 Jun 2014 8.09 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Johor Bahru, 20 Jan - Polis Johor menahan 27 orang dan mendakwa lapan daripada mereka berhubung kes curi lembu di seluruh negeri ini pada tahun lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/27-pencuri-ditahan-di-johor-tahun-lepas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:40 MYT

Johor Bahru, 20 Jan - Polis Johor menahan 27 orang dan mendakwa lapan daripada mereka berhubung kes curi lembu di seluruh negeri ini pada tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Hasnan Hassan berkata tahun lepas sahaja, sebanyak 28 laporan diterima berhubung kes kehilangan lembu.

Berikutan itu, katanya polis menjalin kerjasama erat dengan Koperasi Penternak Lembu Tenusu negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri bagi membanteras kegiatan itu.

"Hasil siasatan, kita melakukan 14 serbuan di kandang lembu di sekitar Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Selangor bersama wakil koperasi dan berjaya merampas kembali 172 ekor lembu yang dilaporkan hilang di negeri ini.

"Dalam serbuan itu, kita juga berjaya merampas sebuah lori, sebuah kereta, peralatan menyumpit dan ubat pelali selain sejumlah senjata," katanya dalam kenyataan di sini hari inii.

Justeru, Hasnan berkata dakwaan yang menyatakan polis tidak berusaha menangkap penjenayah dan mengesan lembu-lembu hilang adalah tidak benar sama sekali dan tohmahan itu dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan imej polis.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.09 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM