Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

26 Makmal Proses Dadah Dibongkar

Diterbitkan: 20 Mar 2015 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sebanyak 26 makmal haram memproses dadah sepanjang tahun lalu berbanding pembongkaran 34 makmal pada 2013.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/26-makmal-proses-dadah-dibongkar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:55 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sebanyak 26 makmal haram memproses dadah sepanjang tahun lalu berbanding pembongkaran 34 makmal pada 2013. 

Berikutan pembongkaran tersebut, seramai 95 orang termasuk ketua sindiket dadah berjaya ditahan berbanding 135 orang ditahan pada tahun sebelumnya. 

Timbalan Penolong II JSJN, Datuk Awang Sahari E.M Nadzeer berkata, penurunan bilangan makmal yang dibongkar membuktikan keberkesanan tindakan pembanterasan yang dijalankan oleh pasukan itu. 

Menurut beliau, sindiket pengedaran dadah turut dilihat telah mengubah lokasi makmal haram ke kawasan terpencil bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa. 

"Kita berjaya mengesan kegiatan mereka apabila satu makmal haram yang didirikan dalam ladang lembu di Johor, ladang kambing di Negeri Sembilan dan kebun kelapa di Melaka berjaya dibongkar" katanya ketika ditemui sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-208 di Bukit Aman di sini baru-baru ini. 

Sumber: Utusan Malaysia

26 Makmal Proses Dadah Dibongkar

ArtikelDiterbitkan 20 Mar 2015 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM