Awasi Jerat Agensi Peminjam Wang
Pernahkah anda melihat iklan atau risalah pinjaman yang mendakwa beroperasi secara sah dan berlesen?
Ejen mengedarkan kad nama atau risalah yang menawarkan pinjaman wang dengan mudah.
Maklumat perkhidmatan ditampal pada dinding bangunan, telefon awam, perhentian bas dan papan tanda jalan. Risalah sama juga diselitkan di pagar rumah, peti pes dan cermin kereta.
Sesetengah daripada kita apabila menerima risalah ini langsung tidak melihat atau membacanya. Namun masih ramai yang memberi maklum balas dengan menghubungi nombor tertera kerana terpedaya dengan tawaran pinjaman yang disangka dapat menyelesaikan masalah.
Ramai mengalami kerugian mencecah puluhan ribu kerana tertipu dengan bayaran proses yang diminta, sebelum suspek menghilangkan diri.
Polis Diraja Malaysia melaporkan sejumlah 477 kes membabitkan kerugian bernilai RM9 juta pada tahun 2011 seluruh negara.
Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2012 pula, dilaporkan sejumlah 299 kes dengan kerugian bernilai RM6 juta.
Sumber: Berita Harian