Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

25 Warga Indonesia Ditahan Cuba Keluar Negara Secara Haram

Published: 12 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Rusdi Jaafar berkata, program bermanfaat seperti ini akan lebih mendedahkan para pelajar sekolah tentang bahayanya najis dadah di samping dapat mendekatkan lagi hubungan polis dengan masyarakat setempat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/25-warga-indonesia-ditahan-cuba-keluar-negara-secara-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:55 MYT

Kota Tinggi, 12 Okt - 25 lelaki warga Indonesia ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam satu operasi di kawasan Hutan Pantai Pasir Logok, Kuala Sedili, di sini, lewat malam tadi ketika cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Menurut Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang, kesemua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan lanjut dilakukan oleh pihak polis.

"Hasil maklumat, mereka dipercayai sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke negara asal," tambah Paul lagi.

Kesemua tahanan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang & Antipemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
25 Warga Indonesia Ditahan Cuba Keluar Negara Secara Haram

ArticlePublished 12 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM