Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

235 Bekas Polis Di Sarawak Terima Bayaran Rm 369 000 Dari Ke

Published: 17 Jun 2014 7.09 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Wan Hamzah berkata penyampaian hari ini merupakan yang pertama daripada beberapa siri majlis yang akan dijalankan di seluruh negeri dengan kerjasama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Sara..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/235-bekas-polis-di-sarawak-terima-bayaran-rm-369-000-dari-ke
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:03 MYT

KUCHING, 8 Julai - Kementerian Dalam Negeri menyerahkan sumbangan berjumlah RM369,000 kepada 235 orang bekas anggota polis yang pernah berkhidmat semasa darurat di Sarawak.

Sumbangan disampaikan Wan Hamzah Wan Paie, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sini.

Sumbangan melalui Tabung Amanah Warisan yang ditubuhkan di bawah kementerian itu sebagai mengenang jasa bekas anggota polis yang berkhidmat di Sarawak di antara tahun 1962 dan 1974.

Wan Hamzah berkata penyampaian hari ini merupakan yang pertama daripada beberapa siri majlis yang akan dijalankan di seluruh negeri dengan kerjasama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Sarawak.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PBPM Sarawak, Jack Joni, berkata sehingga kini seramai 4,033 orang bekas polis yang menjadi anggota persatuan itu, sudah menerima bantuan sekali bayar itu yang bernilai RM1,000 seorang.

"Kita meminta mana-mana anggota persatuan yang masih belum menerima pembayaran ini agar menghubungi pejabat PBPM berdekatan mereka," katanya.

Sumber : BERNAMA

235 Bekas Polis Di Sarawak Terima Bayaran Rm 369 000 Dari Ke
235 Bekas Polis Di Sarawak Terima Bayaran Rm 369 000 Dari Ke

Sumber : HEA IPK Sarawak

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.09 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM