Hasil Kejayaan Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik
KUALA
LUMPUR, 8 JULAI 2013 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala
Lumpur, telah menjalankan operasi tapis khas selama 48 jam berterusan
mulai 05.07.2013 (1600 hrs) sehingga 07.07.2013 (1600 hrs) yang
melibatkan jsjn kl dengan kerjasama jsjn bukit aman dan jsjn selangor.
operasi ini dijalankan bagi menangani masalah aktiviti penagihan dan
pengedaran dadah di sekitar kuala lumpur, serta membendung peningkatan
kadar jenayah merangkumi semua daerah sekitar kuala lumpur.
timbalan
ketua jabatan siasatan jenayah narkotik kuala lumpur, superintenden
adnan bin azizon menjelaskan bahawa, ’sepanjang operasi dijalankan,
pihak jabatan siasatan jenayah narkotik telah menangkap seramai (689)
orang di atas pelbagai kesalahan dadah yang terdiri daripada (446)
melayu, (80) cina, (82) india, dan (81) lain-lain bangsa yang berumur
dalam lingkungan 18 hingga 51 tahun dengan pecahan lelaki (631) orang
manakala perempuan (58) orang.
hasil
saringan awal air kencing yang dijalankan didapati seramai (458) orang
positif pelbagai jenis dadah iaitu ( meth, opiate, thc, dan amp)
manakala seramai (231) orang didapati negatif. mereka yang positif dadah
ditahan dan akan dituduh di bawah seksyen 3(1) (a) akta penagihan dadah
(rawatan dan pemulihan) 1983. manakala kes-kes disiasat di bawah akta
dadah berbahaya 1952 membabitkan sek. 39b - 1 kes, sek. 39a(1) - 6 kes,
sek. 39a (2) - 1 kes, sek. 12(2) - 31 kes, sek. 6 - 1 kes dan sek.
15(1)(a)- 59 kes serta 3 kes masih dikehendaki di bawah lain-lain
seksyen. operasi yang dijalankan juga berjaya merampas dadah jenis
heroin seberat 86.48gm, syabu seberat 47.25gm, ganja seberat 0.8gm dan
erimin 5 seberat 0.2gm.
Dalam
sidang media yang diadakan pada pagi tadi juga supt adnan bin azizon,
timbalan ketua jabatan siasatan jenayah narkotik kuala lumpur
berkata,’bagi tempoh januari hingga jun 2013, jabatan siasatan jenayah
narkotik kuala lumpur telah berjaya menumpaskan 10 kumpulan pengedaran
dadah di lembah klang dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai rm 8.8
juta membabtikan pelbagai jenis dadah seperti heorin, ganja, syabu, pil
estacy, ketamin dan pil erimin 5’.
pihak
jabatan siasatan jenayah narkotik kuala lumpur akan meneruskan
pemantauan dan menjalankan operasi tapis dari semasa ke semasa bagi
memastikan tempat-tempat yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran
dadah dan penyalahgunaan dadah dapat dibanteras. adalah dipercayai
dengan operasi berterusan sebegini akan membendung kegiatan jenayah
jalanan di sekitar kuala lumpur.
Sumber : HEA IPK Kuala Lumpur