235 Bekas Polis Di Sarawak Terima Bayaran Rm 369 000 Dari Ke
KUCHING,
8 Julai - Kementerian Dalam Negeri menyerahkan sumbangan berjumlah
RM369,000 kepada 235 orang bekas anggota polis yang pernah berkhidmat
semasa darurat di Sarawak.
Sumbangan
disampaikan Wan Hamzah Wan Paie, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan
Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sini.
Sumbangan melalui
Tabung Amanah Warisan yang ditubuhkan di bawah kementerian itu sebagai
mengenang jasa bekas anggota polis yang berkhidmat di Sarawak di antara
tahun 1962 dan 1974.
Wan
Hamzah berkata penyampaian hari ini merupakan yang pertama daripada
beberapa siri majlis yang akan dijalankan di seluruh negeri dengan
kerjasama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Sarawak.
Sementara
itu, Timbalan Pengerusi PBPM Sarawak, Jack Joni, berkata sehingga kini
seramai 4,033 orang bekas polis yang menjadi anggota persatuan itu,
sudah menerima bantuan sekali bayar itu yang bernilai RM1,000 seorang.
"Kita
meminta mana-mana anggota persatuan yang masih belum menerima
pembayaran ini agar menghubungi pejabat PBPM berdekatan mereka,"
katanya.
Sumber : BERNAMA


Sumber : HEA IPK Sarawak