Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

222 Kadet Inspektor Siri 1 2017 Selesai Jalani Kursus Asas

Published: 19 Jul 2018 6.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2018 – Setelah sembilan bulan menjalani Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sejak 8 Oktober tahun lalu, seramai 222 peserta terdiri daripada 155 lelaki dan 67 wanita akan memulakan karier mereka sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, pada hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/222-kadet-inspektor-siri-1-2017-selesai-jalani-kursus-asas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT

Kuala Lumpur, 19 Julai 2018 – Setelah sembilan bulan menjalani Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sejak 8 Oktober tahun lalu, seramai 222 peserta terdiri daripada 155 lelaki dan 67 wanita akan memulakan karier mereka sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, pada hari ini.

Majlis penuh istiadat kepolisan itu telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Terdahulu, Dato’ Sri Abdul Ghafar melakukan pemeriksaan perbarisan sebelum menyampaikan sijil dan hadiah kepada Pelatih Terbaik merangkumi tiga ketegori iaitu Kategori Terbaik Akademik diterima oleh Inspektor Rehvathi Krishnan, Kategori Terbaik Latihan Luar Wanita diterima oleh Inspektor Aimi Dayana Ahmad Sopian, Kategori Terbaik Latihan Luar Lelaki diterima oleh Inspektor Mohamad Zulhelmi Mustapha manakala Kategori Terbaik Keseluruhan diterima oleh Inspektor Mohammad Badri Jamaludin.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Abdul Ghafar dalam ucapan amanatnya menyeru para peserta supaya sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini dengan penuh dedekasi demi memenuhi ekspektasi masyarakat selari dengan konsep “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Tambah Dato’ Sri Abdul Ghafar lagi, integriti merupakan satu nilai utama yang menyumbang kepada keutuhan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan berlandaskan perlembangaan dan pematuhan undang-undang.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2017, SAC Shamsudin Mat, pegawai kanan serta pegawai rendah polis.

0S4A4992 copy
Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab menerima Hormat Panglima daripada para pelatih.

0S4A4997 copy
Pegawai Pemerintah Baris melapor perbarisan.

0S4A5102 copy
Sekitar acara Lintas Hormat dalam perlahan dan cepat masa.

0S4A5123 copy
Sekitar acara Lintas Hormat dalam perlahan dan cepat masa.

0S4A5081 copy
Sekitar bacaan doa.

0S4A5473 copy
Bergambar kenangan.

0S4A5323 copy
Bergambar kenangan.


ArticlePublished 19 Jul 2018 6.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM