Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

22 Tong Diesel Bernilai Lebih Rm40 000 Dirampas Di Melaka

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Hasil siasatan awal mendapati premis terbabit dijadikan tempat simpanan dan pengumpulan diesel sebelum dipindahkan ke dalam lori yang telah dipasang sebuah tong simpanan untuk dijual kepada pelanggan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/22-tong-diesel-bernilai-lebih-rm40-000-dirampas-di-melaka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:24 MYT

Melaka, 4 Julai - Serbuan dadah oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah membawa kepada penemuan 22 tong minyak diesel bernilai kira-kira RM41,800 yang disembunyikan di sebuah stor simpanan dua tingkat di Taman Teknologi Cheng hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai penyalahgunaan dadah sebelum melakukan serbuan di premis tersebut pada 11 pagi.

Beliau berkata pihaknya berjaya menahan seorang pemandu lori berusia 21 tahun yang sedang nyenyak tidur di tingkat atas premis itu sebelum ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis metaphetamin.

"Polis menjumpai tong minyak terbabit dengan setiap satu berisi kira-kira 1,000 liter diesel di tingkat bawah premis yang sebahagiannya ditutup dengan kain kanvas," katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.

Katanya polis turut menjumpai 14 tong kosong untuk menyimpan diesel, lima buah lori termasuk sebuah lori tangki selain empat mesin pam minyak.

Hasil siasatan awal mendapati premis terbabit dijadikan tempat simpanan dan pengumpulan diesel sebelum dipindahkan ke dalam lori yang telah dipasang sebuah tong simpanan untuk dijual kepada pelanggan.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Muhabir Ibrahim berkata diesel tersebut dipercayai diperoleh secara runcit pada harga RM1.90 seliter dari stesen-stesen minyak terutama yang beroperasi 24 jam sekitar premis berkenaan.

Beliau berkata diesel tersebut dipercayai dijual di Johor bagi kegunaan industri kilang dan perkapalan pada harga antara RM2.20 hingga RM2.30 seliter.

Katanya pihaknya akan memanggil seorang pengurus stor lelaki berusia 32 tahun yang turut berada di premis tersebut ketika serbuan bagi membantu siasatan mengenai penemuan diesel berkenaan.

Lelaki berkenaan tidak ditahan polis kerana ujian air kencing mendapati dia bebas dadah, katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM