Sindiket Penipuan Cinta Internet Tumpas
Berselindung
disebalik apartment mewah sebagai markas untuk beroperasi, sebuah
sindiket penipuan cinta internet rancak berleluasa. Hasil aduan orang
ramai dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,
diketuai Ketua Penolong Pengarah Operasi, Asisten Komisioner Rohaimi Md
Isa bersama beberapa agensi penguatkuasa lain telah menyerbu apartment
mewah berkenaan.
Sindiket yang didalangi warga benua Afrika tersebut menyasarkan
wanita tempatan dengan menabur berbagai tipu helah dan janji manis
semata-mata ingin mencari keuntungan mudah. Laman sosial yang dilayar
melalui computer riba menjadi platform untuk mereka melakukan penipuan.
Manakala barang berjenama turut menjadi umpan untuk mereka manabur lebih
banyak tipu helah.
Ayat
serta puisi cinta yang digarap khas menjadi modal mereka untuk meraih
kepercayaan mangsa. Mereka mendakwa ingin mendaftar sebagai pelajar di
unversiti tempatan sejak tujuh bulan yang lalu, namun statusnya masih
diragui.
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TvbVbXO-DQw