Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

22 Rangka Mayat Yang Ditemui Telah Dibawa Ke Hospital

Published: 01 Jun 2015 6.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 22 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dikeluarkan di Bukit Wang Burma, Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, telah berjaya dibawa turun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/22-rangka-mayat-yang-ditemui-telah-dibawa-ke-hospital
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:38 MYT

Sebanyak 22 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dikeluarkan di Bukit Wang Burma, Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, telah berjaya dibawa turun.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, semua mayat itu dibawa turun pada jam 9.45 malam dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah untuk tindakan pakar patologi.

Semua 22 rangka manusia yang berkafan itu ditemui di kawasan ditandakan sebagai Sektor A.

Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat dilakukan oleh pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: Berita Harian

22 Rangka Mayat Yang Ditemui Telah Dibawa Ke Hospital
ArticlePublished 01 Jun 2015 6.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM