Tiga Remaja Aktif Rekrut Pelajar Jadi Gangster Ditahan
Tiga remaja yang dipercayai aktif merekrut ahli untuk kumpulan kongsi gelap Geng 360 ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar sekolah di Bukit Tinggi di Klang, Khamis lalu.
Kesemua remaja terbabit yang masing-masing berumur 15, 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di Bukit Tinggi, Pandamaran dan Bayu Perdana semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, salah seorang daripada suspek ialah pelajar tingkatan tiga dan dua lagi baru sahaja dibuang sekolah beberapa hari lalu.
Sumber: