Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

22 Ketua Editor Indonesia Ke Bukit Aman

Published: 09 Jun 2014 5.33 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Bukit Aman - 11 Februari 2008. Seramai 22 orang Ketua Editor media cetak dan elektronik dari Indonesia telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur pada...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/22-ketua-editor-indonesia-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:10 MYT

Bukit Aman - 11 Februari 2008. Seramai 22 orang Ketua Editor media cetak dan elektronik dari Indonesia telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Ismail Hj. Omar telah mengalu-alukan kedatangan rombongan tersebut yang dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Lawatan itu bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar dan terkini mengenai Malaysia berikutan timbulnya isu-isu negatif sejak kebelakangan ini yang boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.

Rombongan diberikan taklimat dari pelbagai aspek mengenai usaha PDRM memerangi jenayah, dadah dan kes-kes keganasan. Setelah itu rombongan diberi ruang untuk mengemukakan soalan.

Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Dato' Seri Mohamed Jawhar Hassan Pengerusi ISIS Malaysia serta pengarah-pengarah jabatan PDRM.

22 Ketua Editor Indonesia Ke Bukit Aman
Ketua-Ketua Editor Indonesia bergambar kenangan bersama Dato Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara
ArticlePublished 09 Jun 2014 5.33 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM