Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

34 Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Timor Leste

Diterbitkan: 09 Jun 2014 5.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Sepang - 13 Fabruari 2008. Seramai 34 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), berlepas ke Timor Leste dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/34-pegawai-dan-anggota-pdrm-ke-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:51 MYT

Sepang - 13 Fabruari 2008. Seramai 34 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), berlepas ke Timor Leste dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang.

Pemergian Kontinjen PDRM itu diketuai oleh DSP Saiful Bahri Hj. Abdullah bersama18 pegawai dan 15 anggota dari pelbagai pangkat, dijangka menjalankan tugas selama 12 bulan di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di Timor Leste.

Ketika berucap meraikan pemergian kontinjen itu, SAC I Zaleha Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), berpesan agar sentiasa berdisiplin dan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh pihak PBB.

"Pemergian ke Timor Leste adalah sebagai pasukan Pengaman PBB yang akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang telah digariskan oleh PBB. Patuhilah segala arahan dan undang-undang di samping menunjukkan mutu disiplin yang tinggi serta bertugaslah secara profesional".

"Tuan-tuan merupakan Duta Kecil kepada negara kita, oleh itu sentiasalah membina persefahaman dan jalinkan kerjasama yang baik dengan pasukan-pasukan sahabat dan pasukan keselamatan Timor Leste sendiri".

Demikian kata SAC I Zaleha Abdul Rahman ketika berucap yang diturut dihadiri oleh Supt. Zahedi Ayub Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Arshad Hj. Abd. Jalil Ketua Pegawai Turus Istiadat dan Supt. Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM.

Kontinjen ini merupakan kontinjen yang keenam semenjak misi United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) dijalankan. Kontinjen tersebut akan bergabung dengan kontinjen yang sedia ada iaitu seramai 169 orang pegawai dan anggota termasuk pasukan Formed Police Unit (FPU).

34 Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Timor Leste
Kontinjen PDRM ke Timor Leste bergambar kenangan bersama SAC I Zaleha Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) PDRM sebelum berlepas ke Timor Leste di KLIA.

34 Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Timor Leste
SAC I Zaleha Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) PDRM mengucapkan selamat jalan kepada Ketua Kontinjen PDRM, DSP Saiful Bahri Hj. Abdullah.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 5.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM