Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

22 Karton Rokok Dan 415 Botol Arak Serta 552 Tin Bir Dirampa

Published: 19 Jun 2014 2.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sitiawan, 28 Feb - Rokok putih dan minuman keras seludup bernilai RM8951 dirampas oleh Pasukan Polis Marin Kg. Acheh hasil intipan yang dijalankan oleh Unit Risikan, sebuah premis di Bagan Panchor, Pe..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/22-karton-rokok-dan-415-botol-arak-serta-552-tin-bir-dirampa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:15 MYT

Sitiawan, 28 Feb - Rokok putih dan minuman keras seludup bernilai RM8951 dirampas oleh Pasukan Polis Marin Kg. Acheh hasil intipan yang dijalankan oleh Unit Risikan, sebuah premis di Bagan Panchor, Perak tengah hari tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Acheh DSP Shaari Arifin berkata "hasil daripada pemeriksaan premis terbabit sejumlah 22 karton rokok putih bersama 415 botol arak serta 552 tin bir pelbagai jenama telah dirampas.

"Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dipercayai pemilik premis terbabit."

Shaari menegaskan juga "Unit Risikan PPM Kg. Acheh akan terus digerakkan dari semasa ke semasa bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang bukan sahaja penyeludupan malah melibatkan perlakuan jenayah khususnya dikawasan persisiran pantai Negeri Perak."

Kesemua barang rampasan dan suspek telah dibawa balik ke Markas PPM Kg. Acheh untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan siasatan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat PPM Kg. Acheh.

22 Karton Rokok Dan 415 Botol Arak Serta 552 Tin Bir Dirampa

Sumber : Pasukan Polis Marin Perak

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM