Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Khas Banteras Penyamaran

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebuah pasukan khas ditubuhkan oleh Polis Kontinjen Pulau Pinang dalam membanteras jenayah penyamaran yang menunjukkan peningkatan di negeri itu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-khas-banteras-penyamaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:34 MYT

Sebuah pasukan khas ditubuhkan oleh Polis Kontinjen Pulau Pinang dalam membanteras jenayah penyamaran yang menunjukkan peningkatan di negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, siasatan mendapati jenayah itu dilakukan secara berkumpulan dengan menyasarkan wanita dan warga tua sebagai mangsa.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang warga emas,Ismail Bee Mydin Pillai, 70 kerugian hampir RM2,000 apabila dua lelaki menyamar sebagai kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ingin membuat pemeriksaan di rumahnya.

Mangsa yang menerima bantuan JKM setiap bulan telah membenarkan dua lelaki berkenaan masuk ke rumahnya dan sebaik sahaja memasuki rumah, suspek menekup mulut dan mengacu sebilah pisau ke dadanya sebelum mengarahkan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga.

Pasukan Khas Banteras Penyamaran

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM