"...Semuanya ini adalah relevan dalam
konteks kita sebagai organisasi penguat kuasa undang-undang yang perlu
mengambil iktibar daripada lessons learned supaya sistem penyampaian
perkhidmatan kita sentiasa berada di tahap optima untuk kita menangani
sebarang fenomena yang mungkin juga akan berlaku di tanah air kita
ini... - YDH Ketua Polis Negara
Bukit Aman, 13 Jan -
"Saya suka menyatakan bahawa kesemua lapan jabatan dalam Pasukan kita
telah menunjukkan komitmen yang berterusan untuk membanteras jenayah,"
ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin haji Omar, Ketua Polis Negara dalam
ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Perkarangan Kompleks 3 Bukit
Aman, hari ini.
Menurut beliau, Urus Setia NKRA umpamanya
telah dibantu oleh semua jabatan untuk menentukan kesemua 26 inisiatif
PDRM yang diwujudkan melalui NKRA dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau turut berpuas hati walaupun pihak polis masih perlu menangani faktor persepsi di kalangan pelanggan dan stakeholders PDRM.
Syabas Kepada Kontinjen Perak
Dalam
pada itu, YDH Ketua Polis Negara turut mengimbas kembali rentetan
kronologi peristiwa di seluruh dunia yang berlaku sepanjang tahun 2011
yang turut memberikan pengaruh kepada penyampaian perkhidmatan polis
kepada masyarakat.
Menyentuh berkenaan isu demonstrasi
pelajar yang melibatkan keganasan dan vandalisme di hadapan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal tahun ini, beliau berpuas hati
dengan kaedah polis Kontinjen Perak yang menangani insiden tersebut,
walaupun ada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan-tindakan
polis.
"Pengalaman-pengalaman lalu telah mengajar kita untuk
bertindak dengan lebih profesional dalam membendung demonstrasi
tersebut daripada berlarutan," tambahnya.
Tiada 'Police Brutality' Dalam Ops Aman
Mengimbas
kembali kepada perhimpunan di perkarangan Mahkamah Persekutuan pada 9
Januari lalu, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh
warga PDRM yang bekerja keras pada hari tersebut dalam memastikan tiada
isu berbangkit berkenaan persepsi peserta perhimpunan tersebut terhadap
kaedah penugasan anggota-anggota PDRM sekaligus memastikan keselamatan
dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara meskipun terdapat beberapa
insiden letupan pada hari tersebut.
"Letupan menggunakan Improvised Explosive Devices (IEDs) tersebut sedang disiasat oleh Kontinjen Kuala Lumpur," ulasnya.
Implementasi Konsep 4P, 3C dan 5S dalam Pasukan
Dalam pada itu, beliau turut mengunjurkan kepada
seluruh warga PDRM agar sentiasa mempraktikkan konsep 4P yang menjadi
teras kepada kualiti penugasan PDRM selama ini.
Beliau turut
menambah, konsep 4P yang dilaksanakan juga perlu disadurkan dengan
penghayatan konsep 3C- 'Creativity, Communication and Collaboration'
seperti yang telah digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini.
"Jika
diterjemahkan dalam konteks PDRM, setiap kita perlu memahami dan
menghayati serta melaksanakan konsep 3C ini supaya objektif untuk
melonjakkan prestasi dan produktiviti dapat dimaksimakan dalam masa
sesingkat yang mungkin untuk menjamin relevansi, survival dan
'competitive edge' organisasi PDRM," ujarnya.
Pembudayaan 5S
juga perlu dilaksanakan bagi memperlihatkan kualiti dari segi
keterampilan dan imej PDRM khasnya kepada masyarakat dan warga PDRM itu
sendiri.
Perhimpunan pembuka tirai 2012 ini turut dihadiri
oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis
Negara, Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Hadi Ho Bin Abdullah,
Timbalan Pengarah JSJ (Risikan dan Operasi), Timbalan-timbalan Pengarah
PDRM, dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Hormat Panglima daripada Detachment Kawalan Kehormatan.

Barisan pimpinan tertinggi PDRM..

Bacaan doa memberkati majlis.

Bacaan doa memberkati majlis.

Bacaan doa memberkati majlis.

Bacaan lafaz ikrar..

Bacaan lafaz ikrar..

Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara..

Anggota-anggota PDRM yang hadir..

Kakitangan awam yang hadir...

Kakitangan awam yang hadir...

Pasukan koir dari Bukit Aman..

Penyampaian sijil penghargaan..

Penyampaian sijil penghargaan..

Penyampaian sijil penghargaan..

Penyampaian sijil penghargaan..

Penyampaian sijil penghargaan..

Penyampaian sijil penghargaan..

YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama kakitangan awam.

YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM

YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM

YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM
Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto : L/Kpl Shareel